Monday, June 2, 2008

Sudahkah Anda menghantar Borang Cukai B?.

Bagi mereka yang ada menjalankan perniagaan, tak kiralah dalam Unit trust, Insuran, MLM, gerai, kedai atau pasar malam ke, semuanya patut menghantar Borang B anda sebelum tarikh tutup pada 30hb June tiap-tiap tahun. Jika tidak pihak tuan - puan akan mengeluarkan duit tambahan yang tidak sepatutnya dibazirkan, sedangkan wang itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih diperlukan. Jangan biarkan perkara ini berlaku. Cepat bertindak sebelum pihak tuan-puan dikenakan denda.

Untuk menyediakan Borang ini, pihak tuan-puan perlu menyediakan Akaun perniagaan yang menyatakan jumlah jualan, Belian, Pembayaran, Penerimaan, Wang Masuk dan Keluar, begitu juga samada perniagaan tuan-puan mendapat atau mengalami keuntungan atau kerugian. Tuan -puan boleh menyediakan dengan sendiri jika pihak tuan-puan mempunyai masa atau memberi kita pihak yang menyediakan perkhidmatan untuk membuatnya bagi pihak anda. Semuanya bergantung kepada anda, tapi yang penting anda tidak perlu mengeluarkan wang tambahan untuk membayar denda yang selalunya lebih dari yang perlu di beri kepada pihak yang menyediakan perkhidmatan ini.