Thursday, October 16, 2008

Bagaimana menggunakan pelepasan dan rebate cukai










Pernahkah anda terfikir yang bahawa anda telah terlebih membayar cukai pendapatan?. Ini mungkin berlaku diatas beberapa sebab, mungkin kerana tidak memahami macamana sistem percukaian, tak tahu bahawa ada alat atau cara untuk mengurangkan cukai pendapatan anda. Kita boleh menggunakan Relief dan Rebate yang sedia ada yang boleh digunakan oleh semua pembayar cukai.


Relief dan Rebate bergantung kepada jumlah Pendapatan Bercukai setiap Pembayar Cukai. Bagi Pendapatan Bercukai RM35,000 dan kebawah, setiap pembayar cukai layak untuk mendapat rebate sejumlah RM350 yang boleh ditolak dari jumlah Cukai Kena Bayar.


Bagi setiap pembelian Komputer untuk kegunaan peribadi, setiap pembayar cukai boleh mendapatkan pelepasan berjumlah sehingga RM3000 setiap 3 tahun jika pembelian dilakukan. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang Relief dan Rebate sila lihat jadual diatas atau hubungi saya untuk menbantu anda mengetahui lebih banyak maklumat tentang cukai pendapatan .