Monday, November 24, 2008

Persediaan untuk Berniaga

16 Sebab Kegagalan Perniagaan Oleh: Irfan Khairi

Pasti, tiada siapa inginkan kegagalan dalam perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami kegagalan.
Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda menjauhinya!


1: Tiada matlamatTiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaanyang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun darisekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya danmotivasi untuk berkembang.


2: Tidak mengutamakan pelangganPelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakanpelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untukmemenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalambuku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!


3: Tidak usahakan jualanKeuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekalisesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlumengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskanuntuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiadakeuntungan!


4: Tidak sabarNaluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera.Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktupanjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktusingkat.


5: Gagal meletakkan prioritiIanya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripadapulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkanprioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanyamemberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yangtidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supayatenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yangmemberi keuntungan 80%.


6: Melakukan sesuatu di luar bidangSebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda.Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akanmengurangkan motivasi anda.


7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatanPersaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatuperniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbandingdengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebihpantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan andadengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.
8: Produk tidak memenuhi keperluan pelangganMempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakanperniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi.Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan.Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit,tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianyamenyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produktersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.


9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualitiZaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatanpelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapatberbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk danperkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.


10: Gagal mengenalpasti pelangganSiapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggananda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimanacaranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategiperniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market).Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudahmengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.


11: Lemah dalam urusan kewanganFahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksiperniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalubanyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima.Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlumengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risikoyang telah diselidik.


12. Gagal mengikut trend semasa dan pasaranTrend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkmanmenjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubahmenjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa danpasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.


13: Perbelanjaan overhed yang tinggiSeringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan.Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk koselektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dansebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka,keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapatkeuntungan.


14: Tiada perancangan perniagaanTidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakanpelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai.Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi keranaperancangan perniagaan yang lengkap.


15: Perancangan tanpa tindakanPerancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakansusulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang,diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakantidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajaranda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang palingbaik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri andamempelajari dari kesilapan.


16. Gagal berhubung dengan pekerjaSememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpamengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluanpekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaananda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasikepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukanperniagaan anda.


Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan.Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezekiperniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan,gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha oleh kerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!

Nak idea atau cara persediaan untuk berniaga, layari http://www.irfankhairi.com/

No comments:

Post a Comment